Friday, August 6, 2010
9 OGOS 2010 5PM: KEMPEN SELAMATKAN RAKYAT. MAJLIS PELANCARAN
PROTES tak akan pohon permit
|
Thursday, August 5, 2010
Kenaikan 5-dalam-1: 'PM, akurlah atau kami demo lagi'
|
Wednesday, July 28, 2010
Terkini: Sidang Media Gabungan PROTES
Sidang Media Gabungan PROTES
Isu : Bantahan Rakyat Terhadap Tindakan Pelarasan Subsidi.
Tarikh: 28 hb Julai 2010.
Jam 12.30 tengahari.
Tempat: Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall. (KLSCAH)
Semua media dijemput hadir.
Terima Kasih atas sokongan anda.
Sekretariat PROTES
Aiman Athirah Al Jundi
Protes disaran jaga mangsa barang naik
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 17 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang akan bermesyuarat esok dicadangkan agar memberi fokus bantahan isu kenaikan harga barangan keperluan kepada menjaga hal ehwal golongan yang menjadi mangsa. Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat (gambar) berkata, Protes tidak perlu memfokuskan kepada bantahan kenaikan harga minyak sahaja kerana mana-mana kerajaan yang memerintah negara ini, tiada jaminan minyak tidak akan dinaikkan. “Mungkin Protes itu sendiri perlu direbranding dengan nama baru iaitu Kumpulan Rakyat Mangsa Barang Naik (Mangsa BN),” ujarnya dalam blognya, http://www.kentong-suhaizan.blogspot.com/. Beliau berkata, antara contoh tuntutannya adalah mendesak pihak kerajaan memberi subsidi RM500 sebulan terus kepada golongan keluarga berpendapatan rendah. Tambahnya, formula menentukan mereka yang layak dan mekanisma pemberian perlu dirangka oleh pihak kerajaan. “Keduanya, menghentikan subsidi kepada Penjanakuasa Elektrik Persendirian (IPP). Ketiganya, sebagai simbol penjimatan maka gaji semua menteri dipotong 20%,” ujarnya. Keempat, tambahnya menambah peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membiayai fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim dan kelimanya menghapuskan rasuah sepenuhnya. “Semoga altenatif ini boleh membantu mereka yang memerlukan dan bantahan ini mendapat sokongan semua pihak dalam negara kita,” ujarnya. Mengenai kenaikan harga barang 5 dalam 1, katanya ia dijangka akan menyebabkan kenaikan harga keperluan harian rakyat walaupun kerajaan beria-ria menafikannya. Katanya, kalau enjin jet pejuang dalam kawalan Kementerian Pertahanan pun pun boleh hilang, apalah yang boleh diharapkan dengan kawalan kerajaan terhadap kenaikan harga barangan keperluan harian yang bakal naik. “Enjin jet itu besar, terkawal, kuantiti tidak banyak pun hilang. Barangan keperluan harian ini banyak, kecil saiznya dan tidak ada tentera yang mengawalnya, bagaimana kerajaan boleh yakin ia boleh di kawal. “Saya penuh yakin kerajaan tidak mampu mengawalnya,” katanya. |
Protes rancang turun ke jalan raya
Dzulfikar Mashoor & Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 16 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) tidak menolak kemungkinan akan mengajak rakyat ke turun ke jalan raya ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) mulai tengah malam tadi. Penyelaras Protes, Dr. Mohd Hatta Ramli ketika memberitahu perkara itu berkata, tindakan itu bagaimanapun hanya akan diputuskan pada meyuarat Protes yang dijadualkan Ahad ini. "Kita tidak menolak kemungkinan turun ke jalan raya dalam masa terdekat. Pengalaman kita yang lepas bila rakyat tunjukkan kemarahan, baru kerajaan sedar dan akur dengan kesusahan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai ketika dihubungi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen manakala RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik. Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram. Menurut Najib, dengan kenaikan yang didakwa sebagai 'penyelarasan harga' tersebut, kerajaan dijangka dapat menjimatkan RM750 juta perbelanjaan negara tahun ini. Namun bagi Protes, strategi kerajaan itu akan terus membebankan rakyat biarpun kerajaan mendakwa kenaikan itu kecil dan tidak membebankan. Menurut Hatta lagi, kenaikan tersebut mencerminkan bahawa senario ekonomi negara gagal dipulihkan seperti yang dicanangkan Najib melalui Dasar Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) sebelum ini. "Kononnya akan tumbuh 6 peratus, tetapi kenaikan ini tentunya memberi jawapan sebaliknya," ujar beliau yang juga Bendahari PAS Pusat. Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara dengan tidak mengutamakan kepentingan rakyat. "RM570 juta (subsidi) mahu diselamatkan, sedangkan kerajaan sanggup berpelanja lebih 800 juta untuk buat istana negara yang baru," ujarnya lagi sambil menganggap bahawa fizikal istana negara yang sedia ada masih dalam keadaan baik. Sehubungan itu, katanya lagi, tindakan yang dianggap bijak oleh Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I itu bakal meninggalkan kesan berantai pada rakyat. "Najib mungkin anggap langkah itu bijak dan menguntungkan kerajaan, sedangkan kenaikan harga barang-barang ini sudah tentu memberi kesan berantai (seperti) inflasi dan kos hidup melambong naik," tegasnya lagi. Mengulas dakwaan kerajaan bahawa pemotongan subsidi ini bagi menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia, Hatta berkata ianya sangat tidak wajar kerana Klinik 1Malaysia bersifat program politik Umno BN. Semalam, Najib di depan perwakilan Umno Kedah menegaskan bahawa kenaikan harga barang-barang keperluan rakyat itu sebagai langkah mengurangkan subsidi yang selama ini ditanggung kerajaan. Namun, beliau tidak pula menjelaskan langkah proaktif kerajaan dalam menangani isu rasuah, ketirisan serta pembaziran dalam urus tadbir kewangan negara yang sebelum ini dipercayai umum lebih besar dari angka RM570 juta subsidi yang telahpun dirampas balik daripada rakyat. |
Kenaikan Harga: Tidak Prihatin Dan Tidak Bertanggungjawab
KENYATAAN AKHBAR
16 Julai 2010
Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia. Dato’ Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.
Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.
Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.
Sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.
Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.
Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera. Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU).
Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.
Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat.
Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.
Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.
Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.
Oleh itu, saya menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:
1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;
2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;
3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting
4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.
Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
PAS seru naikkan kain rentang protes kenaikan
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Julai: PAS menyeru semua jentera penerangannya menaikkan kain rentang di pelusuk kampung sebagai tanda protes kenaikan harga barangan mengejut tengah malam tadi. Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, tindakan itu juga bagi menyedarkan rakyat betapa 'prihatinya' pemimpin Umno kepada rakyat. " Slogan “Terima kasih kepada kerajaan BN yang menaikkan harga minyak dan gula, “Bahagianya Rakyat Tanpamu BN” hendaklah dinaikkan untuk menanamkan kesedaran sivik dan politik di negara ini," katanya dalam satu kenyataan. Selain itu beliau turut menyeru kerajaan Umno BN agar menyerahkan kuasa secara terhormat kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara dengan lebih baik. Pakatan Rakayat di beberapa negeri yang dikuasai katanya, telah menunjukkan kebolehan menjaga rakyat dengan lebih baik berbanding kerajaan Umno. "Contohnya Kedah yang terpaksa memikul bebanan hutang dan pembaziran di zaman Umno 52 tahun hampir RM3 bilion, masih mampu urus tadbir dengan baik, begitu juga dengan Kelantan yang berjaya mentadbir selama 20 tahun. "Ketika Kerajaan BN yang hampir lumpuh dari segi kewangan untuk mentadbir negara, tiba-tiba kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mencari berbagai idea untuk mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat seperti percuma, tusyen percuma, skim Kifalah, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), manaka BN pula merancang bagaimana hendak naik tarif air, tol, eletrik," katanya lagi. Semalam, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen menjadikan harga petrol Ron 95 RM1.85 sen dan gula sebanyak 25 sen menjadi RM 1.90 sen. Menurut Idris lagi, Pas merasa pelik dengan pengumuman dibuat Najib, sedangkan beliau dengan rasa bangga sebelum ini menyatakan pertumbuhan ekonomi sebanyak 10.1 peratus dalam suku pertama 2010, pencapain terbaik dalam dekad ini. "Sepatutnya sebagai kerajaan, ia perlu memikirkan bagaimana hendak menyenangkan rakyat di bawah jagaan mereka, sebaliknya kerajaan hari ini membebankan rakyat. "Nampaknya kerajaan BN kontang idea untuk membaiki taraf hidup rakyat, yang mereka fikir naik harga barang dan sama ekor," katanya. Tambahnya perkara ini dapat dielak jika kerajaan pada hari ini mengatasi masalah rasuah dan kroni. |
Kerajaan berkira, sanggup rampas 5 sen duit rakyat
Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 16 Julai: "Apa punya kerajaan, terlalu berkira dan sanggup rampas 5 sen dengan curi dari poket rakyat," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Kecaman demikian itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran pengumuman menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 5 sen bermula tengah malam tadi. Selain mengecam kenaikan harga minyak, beliau turut menjelaskan bahawa langkah menaikkan harga lima hingga enam barang keperluan asasi yang lain bukanlah langkah mengurangkan subsidi. Sebaliknya, langkah tersebut menurut beliau, patut dilihat sebagai tindakan kerajaan menaikkan harga barang serta membebankan rakyat. "Jangan terkeliru dengan pembohongan Najib kononnya kerajaan kurang subsidi, sebenarnya kerajaan naikkan harga barang-barang ini. "Naik harga maknanya naik kos sara hidup, naik kos sara hidup maknanya membebankan rakyat," tegasnya lagi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menganggap Najib menghina rakyat dan institusi rakyat, iaitu Parlimen kerana Najib membuat pengumuman sejurus selesai sesi parlimen, petang semalam. "Elok-elok selesai sesi Dewan Rakyat, baru dia (Najib) buat pengumuman tanpa membawa isu kenaikan ini dalam dewan. "Dia hina rakyat, dia hina wakil-wakil rakyat, dia hina Parlimen, dia bohong kita semua kononnya dia sudah mendapat maklum balas positif tentang kenaikan ini," ujarnya lagi sambil mencabar Najib menjelaskan inti maklum balas sebenar rakyat seperti yang diumumkan semalam. Beliau turut mempertikai alasan Najib kononnya kerajaan berjaya menjimatkan RM750 juta tahun ini dengan kenaikan beberapa bahan keperluan itu. "Kalau RM750 juta itu satu langkah penjimatan, kenapa rakyat ditimpa rugi dari impak kenaikan harga barang-barang ini. "Najib suruh rakyat berjimat cermat, sedangkan kerajaan sendiri masih laksanakan tender langsung, melalui Perimekar dapat komisyen RM570 juta beli Scorpene," jelas beliau lagi. Sementara itu, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar mencabar Pemuda Umno Malaysia untuk menyatakan protes berhubung isu yang membabitkan kepentingan rakyat itu. "Kenaikan-kenaikan ini umumnya lebih kurang RM4 sebab semua barang terbabit digunakan kita semua, Pemuda Umno bersukaria atau sedia terima cabaran menentang Najib. "Pemuda PAS jelas menentang ini semua, pemuda Umno takkan sokong langkah bodoh ini," ujar beliau ketika menghubungi Harakahdaily. Dengan kenaikan beberapa harga barangan keperluan itu, katanya lagi, wajar menjadi motivasi kepada anak muda untuk giat mendaftar diri sebagai pengundi. Dengan berbuat demikian, tambahnya lagi, mempu mengukuhkan sokongan rakyat menolak BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. "Sokongan yang ada pun Umno takut, kena cepat-cepat daftar (pengundi) supaya kita makin kukuh untuk tolak kabinet Najib nanti," ujarnya lagi. |
Monday, March 22, 2010
GST delay not due to lack of political will - Husni
The government's decision to postpone tabling the Goods and Services Tax (GST) Bill for second reading in parliament is not
due to lack of political will.
Second Finance Minister Ahmad Husni Hanadzlah (left) said the government's political will is putting people first by providing adequate information before GST is implemented to replace Sale and Service Tax (SST).
"The people are given the chance to give input so that when implemented, GST will be accepted by the people and the government," he told reporters at Taman Meru, Ipoh, today.
He said the people should be fully informed on GST as they had been exposed to all sorts of information that was against the government's aim in implementing GST.
Husni denied that the GST postponement was because BN feared punishment by the people at the next general election.
"The opposition's weaknesses have actually strengthened BN. The Anwar Ibrahim factor will also play a part.
"It is not right to say that our fortunes rest on GST. Election will only be held in 2012 or 2013 and there will be other factors by that time," he added.
- Bernama
Tuesday, March 16, 2010
GST: NEGARA MEMERLUKAN KOMITMEN DAN KEPASTIAN
KENYATAAN AKHBAR
GST: NEGARA MEMERLUKAN KOMITMEN DAN KEPASTIAN
Pakatan Rakyat mengalu-alukan keputusan untuk menunda perbahasan kali kedua Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CPB atau “GST”) yang menandakan sekali lagi, kerajaan BN tidak mempunyai kepastian dalam mentadbir negara. Sebelum ini, BN yakin bahawa GST adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah defisit negara dan tidak teragak-agak meluluskannya tanpa mengambil kira pandangan rakyat. Kini, BN mengaku ia telah tersalah langkah kerana tidak mengambil pandangan rakyat terlebih dahulu.
Pakatan Rakyat beranggapan bahawa keputusan mengalah oleh BN dalam isu GST adalah satu lagi bukti bahawa kesedaran rakyat mengenai hak mereka untuk turut serta dalam proses membuat keputusan negara, semakin meningkat. Kesedaran ini, yang dizahirkan bermula dengan keputusan pilihanraya umum yang lepas, akan terus mengawasi keborosan dan amalan tidak sihat kerajaan.
Selama ini, Pakatan Rakyat konsisten bahawa GST bukanlah jawapan kepada masalah ekonomi negara. Masalah utama ekonomi negara berpunca dari kegagalan kerajaan yang tidak mempunyai iltizam politik untuk membasmi rasuah dan melakukan reformasi menyeluruh kepada institusi-institusi utama dan sistem pendidikan negara.
Ekonomi Malaysia mendapat kesan yang teruk dari persepsi negatif oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa. Pelabur antarabangsa secara berterusan mengelak dari dekat dengan Malaysia – mereka menarik keluar portfolio pelaburan dan mengalih FDIs ke negara lain, walaupun pentadbiran sekarang memperkenalkan pelbagai langkah liberalisasi. Sektor swasta kita sendiri lebih gemar melabur di negara lain. Ini menjadi salah satu punca yang menyebabkan penurunan mendadak 48% bagi pelaburan kapital baru dalam tahun 2009.
Persepsi negatif sebegini hanya boleh dimatikan dengan reformasi ekonomi yang bermakna dan menyeluruh.
Sebaliknya, kerajaan BN tetap bertegas untuk melaksanakan GST walaupun kenaikan kutipan cukai tidak langsung dianggarkan hanyalah RM1 billion setiap tahun. Hingga kini, kerajaan tidak berterus terang mengenai kos sebenar yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan swasta untuk melaksanakan GST; atau bagaimana kos ini akan mempengaruhi harga barangan dan perkhidmatan apabila GST diperkenalkan.
Keputusan menangguhkan perbahasan Akta CPB, walaupun dialu-alukan oleh banyak pihak, akan menimbulkan beberapa masalah baru kepada sektor swasta. Sejak 5 tahun lalu, kerajaan telah memberikan mesej yang berbeza-beza mengenai pelaksanaan GST. Setiap kali kerajaan mengumumkan keputusan untuk melaksanakan GST, syarikat-syarikat terpaksa berbelanja untuk membuat persiapan. Kerajaan selepas itu dengan sewenang-wenangnya mengumumkan pula keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan, yang menyebabkan syarikat-syarikat menanggung kerugian.
Pendekatan yang tidak ada kepastian sebegini dalam memperkenalkan inisiatif fiskal yang baru, hanya akan meningkatkan kos dan risiko kepada sektor swasta, terutamanya apabila inisiatif fiskal itu melibatkan banyak perubahan kepada sistem yang digunapakai oleh sektor swasta. Syarikat-syarikat swasta telah banyak berbelanja sejak setahun lepas, dan kini mereka dimaklumkan mereka perlu menghentikan persediaan sehinggalah diumumkan kelak.
Dalam konteks inilah kami berpendapat kerajaan BN tidak mempunyai komitmen dan iltizam politik untuk menghantar mesej yang jelas dan pasti kepada rakyat, pasaran dan komuniti perniagaan. Sebelum ini terdapat mesej yang bercampur-campur mengenai isu subsidi dan tarif elektrik, kini keadaannya serupa bagi GST.
Ini adalah tidak baik bagi negara kita.
Pakatan Rakyat dengan ini meminta BN untuk menghentikan pendekatan yang tidak ada kepastian seperti ini dan mengumumkan kepada negara; sama ada GST tidak akan dilaksanakan sama sekali; atau menyediakan satu rancangan yang jelas mengenai pelan pelaksanaan GST untuk memberi masa kepada rakyat bersedia.
Zaman kerajaan tahu segala-galanya dan tidak mengambil pandangan rakyat sudah pun lama berakhir.
YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang dan
Ketua Umum,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
YB NASHARUDIN MAT ISA
Timbalan Presiden,,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen,
Democratic Action Party (DAP)
————————————————————————————————————————————————————————–
PRESS RELEASE
15 March 2010
GST: MALAYSIA REQUIRES COMMITMENT AND CERTAINTY
Pakatan Rakyat welcomes the decision to delay the second reading of GST Act that signals an about turn by the BN government. Previously, BN insisted that GST is the only way to go to combat the ever increasing budget deficit and had no qualms to rush the act without much consultation with the public. Now, BN admits it has made a blunder when it did not consult the public thoroughly.
Pakatan Rakyat hails the latest about turn in policy by the BN government as another proof of the heightened awareness by our citizens that they have democratic right to participate beyond the general election in key decision makings of the government. This heightened awareness; precipitated by the game changing outcome of the last general election; will continue to keep the BN government’s excesses in check.
We have always maintained that GST is not a solution to our current economic woes. The main root causes of the problem lie with the government’s failure and lack of political will to combat corruption and implement structural reforms in our main institutions and education system.
The Malaysian economy suffers heavily from negative perception. International investors continue to avoid the country – they pull the existing portfolio investments out of the country and refuse to bring FDIs in, despite an array of liberalisation policies adopted by the current administration. Our own business community prefers to invest elsewhere which partly causes the drastic 48% reduction in new capital investments in 2009.
These perceptions can only be dispelled by meaningful reforms.
Instead, the BN government insisted to implement GST for a mere RM1 billion increase in indirect tax collection. Until today, the government has not been frank on the actual financial cost to be incurred by the public and private sector in order to implement GST; or how this cost will affect prices of goods and services.
The decision to delay the second reading; whilst welcomed by many quarters; creates another set of problems to the industry. Over the last 5 years, the government has been sending mixed signals on GST implementation. Each time it announces its decision to roll out GST, companies have to spend in order to prepare for the implementation, only to be told that the implementation is put off until further announcement.
This flip flopping way of rolling out a new fiscal initiative, especially one that involves drastic changes to systems in the business community, only increases cost and risks to our business community. They have spent considerably since the last one year, and now they have to put all the preparations to shelf, yet again.
It is within this context that we feel the BN government lacks commitment and political will to give a message of certainty to the market and business community. There have not been clear directions on the issue of subsidies, electricity tariff and now, GST.
This is bad for the country.
Pakatan Rakyat hereby calls BN to stop this flip flopping and announces to the country; either a decision not to proceed at all with GST, or a definite timetable on GST implementation in order to allow the public to prepare.
The time when government keeps the public in the dark is over.
YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Opposition Leader and
Ketua Umum,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
YB NASHARUDIN MAT ISA
Deputy Presiden,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
YB LIM KIT SIANG
Parliamentary Leader,
Monday, March 15, 2010
SEJARAH PROTES
Seperti yang kita ketahui sepatutnya Perlaksanaan Cukai GST akan dibentangkan dan dibahaskan untuk bacaan kali kedua dan ketiga bermula hari ini.
PROTES telah merancang untuk mengadakan satu perhimpunan aman Bantah GST pada hari ini, memandangkan kerajaan telah menarik balik hasrat mereka di atas seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua JK Protes telahpun menangguhkan dahulu perhimpunan ini.
Namun untuk makluman rakyat semua, PROTES sebelum ini telahpun melaksanakan beberapa siri bantahan aman setiap kali ada dasar dan hasrat kerajaan untuk menaikkan harga barangan khususnya harga tol dan harga minyak.
Anda boleh klik di sini untuk sejarah PROTES 2006 dan di sini untuk sejarah PROTES 2008.
Kita, rakyat yang berani melawan dan menuntut keadilan telah meraih banyak kejayaan, maka kita harus terus berani agar pemerintah dengan tidak sewenangnya melakukan sesuatu yang menzalimi dan menekan hidup kita dan masa kini dan akan datang.
Dalam perhimpunan aman PROTES 2008 menentang kenaikan harga minyak yang dijalankan pada 26hb Januari 2008 seramai 45 orang aktivis telah ditangkap, dipenjara dan didakwa di mahkamah. Perbicaraan mereka yang sudah masuk tahun kedua masih lagi dibicarakan untuk entah kali yang ke berapa. Namun semua pejuang rakyat ini tetap gigih melangkah ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan mereka bersama para peguam yang sangat komited dan berjuang dengan bersungguh-sungguh.
Hari ini 15hb Mac, perbicaraan akan disambung lagi di Mahkamah Sesyen Jenayah 5, Aras 3, Sayap Kanan, Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta. Bermula jam 10 pagi. Sesiapa yang berkelapangan boleh saja datang untuk mengikuti perbicaraan ini yang membongkarkan konspirasi polis yang menangkap rakyat khususnya aktivis yang berjuang menentang kezaliman.
Anda boleh baca siri perbicaraan tangkapan PROTES 2008 yang dipanggil ops PADAM 3 di link di bawah:
1 . Perhimpunan Aman atau Perhimpunan Menyalahi Undang-Undang
2. "OCPD Dang Wangi langgar perintah Mahkamah?" Kes Himpunan Aman PROTES
3. Orang pergi shopping pun kena tangkap juga!!!! OCPD Dang Wangi
Sunday, March 14, 2010
TERKINI: Himpunan PROTES 15 Mac Ditangguh : Rakyat Menang Pusingan Pertama, GST Tidak Dibaca Kali Kedua & Ketiga Dalam Sidang Parlimen Ini
SEBARKAN-Pengumuman dari Sekretariat PROTES: PENTING DAN SEGERA
Tarikh : 14hb Mac 2010, Ahad
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Aras 2, Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.
Semua wartawan dan blogger dijemput hadir bagi mendapatkan penjelasan terkini tentang Himpunan Aman PROTES bagi membantah perlaksanaan GST yang dirancang akan diadakan pada 15hb Mac, jam 9 pagi di perkarangan Parlimen.
Sidang Media ini diadakan susulan dari keputusan kerajaan untuk menangguhkan perbahasan mengenai rang undang-undang GST dan tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua apabila Parlimen bersidang Isnin, menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Saturday, March 13, 2010
TURUN PROTES ATAU TIDAK???
Buat masa yakinlah dalam diri kita bahawa SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.
Kita mesti terus berani bangun dan membantah apa saja dasar kerajaan yang ternyata menzalimi rakyat, memiskinkan lagi rakyat demi untuk mengkayakan mereka yang sediakala kaya dengan memerah wang rakyat.
Maka pada anda semua pejuang rakyat yang telah menyatakan kesanggupan untuk sama-sama membantah secara nyata dan berdepan tentang isu ini, di bawah dipetik kenyataan dari Pengerusi PROTES.
"Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Mohd Hatta Ramli selaku jurucakap bagi Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak dan Barangan (PROTES) yang dihubungi kemudian berkata, jawatankuasanya akan membuat ketetapan sama ada untuk meneruskan atau tidak Demontrasi Bantah GST pada Isnin jam 9 pagi di perkarangan Parlimen pada malam ini."
KITA BERJAYA!!!! RAKYAT MESTI TERUS BERANI!!!!
Husni: Rang Undang-Undang GST Tidak Akan Dibentangkan Bagi Bacaan Kedua Di Parliamen
Katanya kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk mengumpul maklum balas dari rakyat.
"Ia (GST) tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua pada sesi (Parlimen) Mac/April kerana kita memerlukan lebih banyak masa untuk mendapatkan maklum balas dari orang ramai.
"Kami mahukan pendapat orang ramai mengenai GST," kata Husni selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMMKL) di sini pada Sabtu.
Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Parlimen Disember lepas.
Mengenai bila ia akan dibentangkan, Husni berkata: "Ia akan bergantung kepada perbincangan dengan orang ramai mengenai bagaimana rakyat melihat pelaksanaan GST itu. Jadi, kita tidak menetapkan satu tempoh masa mengenai perkara itu."
GST yang dicadang dikuatkuasakan pada suku ketiga tahun depan itu, bermatlamat untuk melebarkan asas cukai dan mengurangkan defisit negara.
Mesti Baca: Apa Hak Anda Bila Berdepan dengan Polis
Tulisan ini tidak sama-sekali bertujuan untuk menakut-nakutkan kita dari turut serta dalam perhimpunan Bantah GST tetapi ianya adalah sebagai maklumat dan persediaan.
Kita sedar kemungkinan tangkapan berlaku adalah sentiasa ada, walaupun kita akan berhimpun secara aman dan menggunakan hak yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia Artikel 10, hak berhimpun dan bersuara.
Tulisan di bawah ialah satu siri tulisan yang mendidik khas untuk tujuan perhimpunan BERSIH yang diadakan pada 10hb November 2007. [link]
Harakahdaily – Saari Sungib
Sun | Nov 04, 07
Jika saudara ditangkap atau ditahan oleh polis, saudara mesti tahu perkara-perkara berikut:
* Saudara mesti diberitahu oleh polis secara jelas bahawa saudara ditahan.
* Saudara boleh diarahkan oleh polis agar tidak meninggalkan suatu tempat yang ditetapkan oleh mereka pada masa itu disebabkan mereka telah menangkap saudara.
* Saudara juga boleh dihalang secara fizikal oleh polis daripada meninggalkan suatu tempat yang telah ditetapkan oleh polis sebagai tanda bahawa saudara sudah ditangkap oleh mereka.
* Dalam apa keadaan sekali pun, sekiranya saudara tidak bertindak agresif atau melawan, polis tidak berhak untuk bertindak kasar dengan memukul, mengetuk, menyiku, menumbuk, menendang atau melakukan apa-apa sahaja perbuatan ganas terhadap saudara!
* Saudara MESTI diberitahu oleh polis apakah sebab saudara ditangkap atau ditahan oleh mereka.
* Saudara boleh bertanya kepada polis kenapa saudara ditangkap. Sekiranya pihak polis gagal memberitahu apakah sebab saudara ditangkap, beritahu kepada mereka bahawa saudara tidak anggap diri saudara ditangkap oleh mereka. Ucapkanlah kata-kata ini dengan sopan dan secara jelas.
* Saudara mungkin digari oleh polis semasa mereka menagkap saudara. Saudara boleh meminta agar gari saudara dibuka pada masa itu juga. Walau bagaimanapun adalah menjadi budi bicara pegawai polis yang menangkap saudara sama ada mahu terus menggari atau membuka gari saudara.
* Sekiranya gari yang digunakan ke atas saudara adalah jenis yang menyakitkan kerana mencengkap tangan saudara (gari Siam!), beritahu polis untuk menukarkan gari tersebut dengan gari jenis yang diluluskan oleh undang-undang. Gari Siam adalah sejenis gari yang tidak sah untuk digunakan terhadap tahanan polis. (Gari Siam hanya digunakan oleh penyangak dan penjenayah profesional!)
* Jika semasa ditangkap saudara ada membawa ubat-ubatan keperluan saudara ataupun barang-barang lain, saudara boleh memohon agar barang-barang tersebut dibenarkan untuk dibawa bersama saudara.
* Jika pegawai polis yang membuat tangkapan mahu merampas ubat-ubatan, telefon bimbit dan barang-barang saudara, beliau mesti menyediakan satu salinan barang rampasan dan meminta saudara menandatangani senarai tersebut.
* Polis tidak boleh merampas sebarang milik saudara tanpa menyerahkan kepada saudara satu senarai barang rampasan.
* Jika polis merampas barang-barang tersebut daripada saudara tanpa menyerahkan senarai barang rampasan, hendaklah saudara buat laporan polis sebaik sahaja saudara berpeluang melakukannya. Tindakan polis merampas barang-barang saudara tanpa menyerahkan senarai barang rampasan adalah satu perbuatan mencuri!
* Hafal nombor polis di baju mereka. Jika mereka tidak memakai sebarang nombor atau tanda nama, mereka sedang melakukan satu pelanggaran terhadap undang-undang. Cam muka mereka baik-baik!
Ingat, dalam kerja-kerja polis menangkap saudara biasanya banyak berlaku pelanggaran undang-undang dan pencabulan hak asasi manusia dilakukan oleh mereka. Ingatkan semua perkara ini agar mudah nanti saudara mengheret anggota polis yang terlibat dan kerajaan ke mahkamah. Jangan takut!
Tulisan ini mempunyai 4 siri: Sila klik di link di bawah untuk membacanya. Moga bermenafaat untuk kita pada setiap masa tangkapan berlaku.
Friday, March 12, 2010
Jumpa Isnin nanti 9 pagi...maklumat lanjut.
Edisi Rakyat: Dr.Hatta Ramli, Satu Perhimpunan Aman Bagi Bantah Perlaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) Akan Diadakan Isnin !!
dari blog Pahang Daily Online
Perhimpunan aman itu akan diadakan selama sejam, mulai 9 pagi di sekitar kawasan jejambat Lebuh Raya Mahameru, berdekatan bangunan Parlimen, sebelum sidang baru Dewan Rakyat bermula, Isnin ini.
Dr Hatta menjangka kira-kira 2,000 orang akan menyertai perhimpunan itu termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat dan anggota pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang yang membantah pelaksanaan GST.
"Pukul 10 kita akan bersurai kerana semua ahli parlimen akan membahaskan perkara ini di dalam dewan selepas itu. "Semuanya sudah bersedia, tunggu untuk berhimpun sahaja," kata Dr Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai.
Sebelum ini, Dr Hatta dilaporkan berkata perhimpunan itu diharap berjaya menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang akan merasmikan perbahasan Dewan Rakyat.
Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat Isnin ini.
Dr Hatta Ramli juga dilaporkan berkata kumpulan berkenaan membantah pelaksanaan GST kerana ia membebankan golongan miskin. Ia berslogankan 'Cukai yang memiskinkan rakyat, Gagalkan sebelum terlambat'.
Sebelum ini juga, terdapat juga forum-forum dianjurkan oleh NGO dan parti politik, membantah pelaksanaan cukai tersebut.
Dr Hatta berkata tidak ada sebarang perarakan Isnin ini. Menurutnya, segala persediaan untuk menjayakan perhimpunan itu termasuk persiapan dari sudut keselamatan turut dititikberatkan.
Mengulas lanjut, Dr Hatta yang akan mengetuai perhimpunan tersebut menjelaskan pihaknya tidak memohon permit kerana menyifatkan ia merupakan perhimpunan aman.
Ditanya sama ada pihaknya memaklumkan perkara itu kepada polis, Dr Hatta berkata: "Kita rasa mereka sudah tahu, perkara ini bukan rahsia lagi".
Thursday, March 11, 2010
Pendirian FMM tolak GST dianggap ‘undi tidak percaya’!
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menganggap pendirian Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) meminta kerajaan menangguhkan hasrat melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai ‘undi tidak percaya’ pada polisi percukaian itu.
“Tuntutan FMM itu boleh disifatkan sebagai undi tidak percaya oleh ‘masyarakat perniaga’ terhadap kerajaan BN (di bawah) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri),” jelas beliau ketika menghubungi Wartawan pagi tadi.
Menurut Mahfuz, sekiranya pengusaha kilang sendiri secara terbuka menolak cukai tersebut, maka ‘masyarakat konsumer’ lebih-lebih lagilah menolak cukai yang nyata menambahkan beban hidup rakyat terbanyak di Malaysia.
Penolakan oleh ‘masyarakat peniaga’ dan ‘masyarakat konsumer’ terhadap cukai itu, mungkin disebabkan mereka tidak percaya dengan tahap integriti yang ada pada kepemimpinan Najib hatta kerajaan sendiri.
Sehubungan itu, beliau mengulangi desakannya sebelum ini, iaitu menggesa kerajaan membatalkan niat untuk membaca rang undang-undang berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk kali kedua di Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 15 Mac depan.
Mewakili PAS serta Ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat, beliau turut menyatakan sokongan padu terhadap pendirian serta inisiatif yang disuarakan oleh FMM.
Bagi beliau, pendirian FMM itu adalah selari dengan ketetapan yang dibuat di majlis meja bulat Lajnah Pengguna PAS Pusat sebelum ini.
Pun begitu, Mahfuz menegaskan bahawa usaha mendesak kerajaan menangguhkan penguatkuasaan GST tersebut bukanlah disebabkan sistem cukai tersebut dinilai tidak adil.
Tegasnya lagi, pendirian Majlis Pakatan Rakyat menolak GST juga bukanlah disebabkan bukanlah disebabkan sistem cukai tersebut dianggap tidak saksama, adil dan menguntungkan rakyat.
Sebaliknya, menurut Mahfuz, desakan tersebut ekoran PAS serta Pakatan Rakyat melihat kerajaan gagal dalam menguruskan masalah pengurusan kewangan negara sehingga berleluasanya budaya pembaziran dalam perbelanjaan sektor perkhidmatan, rasuah, ketirisan dan amalan kronisme yang membabitkan beberapa pusat janakuasa bebas (IPP) serta syarikat konsesi lebuhraya.
Menyedari hakikat itu, kata Mahfuz lagi, sekiranya Pakatan Rakyat diberi peluang menggantikan Umno memerintah tanah air, beliau mencadangkan tender terbuka dalam jual beli permit import (AP) kenderaan.
Dengan berbuat demikian, beliau malahirkan rasa yakin bahawa kerajaan boleh mencapai pendapatan yang lebih tinggi daripada konsumerisme rakyat, sebelum membuat perhitungan akhir untuk melaksanakan GST atau tidak.
Dalam pada itu, beliau turut mengkritik kaedah beberapa pemimpin kerajaan memperbodohkan rakyat dengan alasan yang dangkal, iaitu pendirian Malaysia mahu melaksanakan GST kerana mengikut sistem percukaian kebanyakan negara-negara maju.
Sedangkan, kata Mahfuz, kerajaan tidak pula menjelaskan bahawa pendapatan di negara-negara maju terbabit sebenarnya jauh lebih tinggi dan lumayan, jika dibandingkan dengan pendapatan kebanyakan rakyat di Malaysia.
Tambahnya lagi, dari 12 juta pekerja di Malaysia, hanya 15 peratus sahaja yang mencapai kadar pendapatan yang melayakkan mereka untuk dikenakan cukai pendapatan sebagaimana pendapatan pekerja di negara-negara maju.
Di samping itu, kata Mahfuz, dari 28 juta penduduk Malaysia, hanya 6.4 peratus sahaja diketegorikan sebagai konsumer yang layak dikenakan cukai jika diukur pada tahap pendapatan perkapita seperti di negara-negara maju.
Manakala, 93.6 peratus penduduk Malaysia yang lain tidak mempunyai pendapatan pada paras yang memerlukan mereka membayar cukai pendapatan seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju.
Dengan erti kata yang lebih mudah, menurut Mahfuz, jika GST dilaksanakan di Malaysia, bermakna 93.6 peratus rakyat yang sepatutnya tidak layak dikenakan cukai kerana pendapatan rendah, akan dibebankan dengan cukai GST.
Mengambil kira realiti beban yang bakal ditanggung oleh konsumer di tanah air, Mahfuz berhasrat membawa usul menarik balik rang undang-undang GST dari dibaca untuk kali yang kedua di Dewan Rakyat pada 16 Mac kelak.
dari blog [link]
Wednesday, March 10, 2010
JOM KITA SAMA-SAMA JAYAKANNYA
Semua yang hadir telah memberi komitmen yang tinggi untuk PROTES ini berjaya dilaksanakan. Pengumuman mengenai tempat berkumpul dan lain yang berkaitan dengannya akan dilakukan dari masa ke semasa melalui saluran parti, NGO dan media alternatif.
Nantikan pengumumannya.
Buat masa ini semua pengunjung pemilik blog, facebook dan lain-lain bolehlah 'copy and paste' banner dan poster yang terdapat di sini untuk sama-sama menyebarkan maklumat dan promosi tentang PROTES yang bakal diadakan pada hari Isnin 15hb Mac, jam 9.00 pagi di Parlimen.
Kita memilih tarikh 15hb ini kerana ianya adalah hari pertama sidang Parlimen akan bermula untuk sesi ini. Yang Di Pertuan Agong akan turut hadir pada hari tersebut. Kita akan berkumpul, berhimpun menyambut kedatangan Yang Di Pertuan Agong bagi menujukkan bahawa rakyat mood rakyat dalam menghadapi isu perlaksanaan GST. Perlaksanaan GST akan dibincangkan di Parlimen bermula 15hb Mac ini. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan turut serta memberi sokongan yang padu bersama rakyat.
Kita akan berhimpun secara aman dan teratur dan mengikut perancangan dan panduan yang dikeluarkan oleh Sekretariat PROTES.
Jangan Takut Jangan Gentar.
Yakinlah bahawa GST ini bakal memiskinkan lagi rakyat yang sedia miskin dan susah dan bakal menentukan masa hadapan kita dan generasi yang akan datang. Kita bertanggungjawab diatas perkara ini maka kita haruslah GAGALKAN SEBELUM TERLAMBAT!!!!.
JOM BANTAH GST!!!!
GST: Bezakan Malaysia dan Venezuela.
Pakatan presses on with anti-GST roadshow
PSM deputy president M Saraswathy (left) said unlike our government which imposes burdensome taxes like the proposed Goods and Services Tax (GST) on the public, the social democracy practising Venezuelan government provide free necessities such as health and education for all citizens.
Education from kindergarten to university level is free and the students enjoy three free meals a day as well free transportation from their homes to educational centres, she added.
Also, Venezuelans are charged monthly minimum rates of only 50 sen each for water and electricity supplies and they enjoy an efficient and cheap transport system. Saraswathy was making a comparison between that oil producing country and Malaysia in her speech at a PSM’s GST forum at Jelapang, Perak, last night.
Other VIP speakers present were ousted Pakatan menteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin, PSM Sungai Siput MP Dr D Jeyakumar and PKR state vice-chairman Chang Lih Kang.
Spirallig tax burden
Saraswathy expressed unhappiness at the way the BN government instead of sharing the oil wealth with the people had kept on imposing new taxes like the GST to further burden the man in the street.
In a lighter vein, she said even the police are aware of the hardships that will come with the imposition of the GST as they did nothing to stop the party’s the function for which police had refused a permit.
Meanwhile, Jeyakumar in his address said that former prime minister Abdul Razak had practised social economy in pumping the country’s wealth from tin and rubber back to the people.
However, the scenario changed drastically when former premier Dr Mahathir Mohamad took over the country’s oil wealth and extensively imposed the privatisation programme that started to financially tax the people.
“Tun Abdul Razak had started social democracy but his son (Premier Najib Abdul Razak) and Mahathir started neo-liberalism which led to corruption and wastage of the country’s natural resources,” he added.
Robin Hood robbing the poor
“Our oil reserves are now drying up and the government is going to impose the GST which will snowball from the quoted 4% to 7% or 10% in the years to come and people will financially suffer,” Jeyakumar (right) warned.
Chang on his part, said that GST is like a modern-day Robin Hood robbing the poor to give the rich, unlike the folk hero who did the reverse.
He called on the government to abandon GST which can only increase the treasury’s coffers by another billion ringgit when compared to the present tax system and instead auction off the APs which can better boost the revenue to a higher level.
Nizar said that only the people’s power can stop the GST which will be bulldozed through Parliament on March 15.
PSM is arranging 10 buses carry Perakians to protest the tabling of GST bill in Parliament.
Tuesday, March 9, 2010
Rakyat Wajib Bersatu Menentang GST
Rakyat Wajib Bersatu Menentang GST
Oleh Roziyah Mahamad
Rakyat Malaysia disaran menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang nyata terang-terangan menindas rakyat. Hal ini ditegaskan oleh ketua penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataan akhbarnya hari ini.
Menurut beliau, rakyat tidak kira apa ideology, agama, bangsa dan budaya harus bersatu dalam menyatakan bantahan dan menggesa Kerajaan Pusat menghentikan usaha mereka untuk memperkenalkan GST ini.
“Orang Umno, MCA, MIC, PAS,PKR dan apa jua parti sekalipun akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko jika GST ini diluluskan di Dewan Rakyat,” jelas Sofi.
Beliau yang juga ADUN PAS Bukit Katil pasti GST ini akan membebankan rakyat walaupun kerajaan telah membuat pelbagai janji manis. Kerajaan menabur janji yang rakyat tidak akan terbeban dengan GST ini sekiranya ia dilaksanakan kelak.
“Memang benar kerajaan BN yang memerintah kita pada hari ini tidak berhati perut dan tiada belas kasihan kepada rakyat. Pada saat dan ketika rakyat dihimpit dengan kesusahan dan penderitaan akibat kenaikan kos sara hidup tergamak mereka menambahkan lagi penderitaan tersebut,” jelas Sofi lagi.
Beliau sebagai berkata, sehingga kini Kerajaan Pusat masih gagal memberi alasan yang kukuh mengapa GST ini perlu dilaksanakan. Kebanyakkan pemerhati politik beranggapan bahawa kerajaan BN sudah kesempitan wang sehingga terpaksa memperkenalkan akta ini untuk ‘merompak’ duit rakyat secara terhormat tanpa memikirkan penderitaan rakyat.
Kerajaan sebelum ini bercadang untuk melaksanakan GST pada kadar 4 peratus dan pengecualian diberikan bagi barangan keperluan. Antara barangan keperluan tersebut termasuklah beras, sayuran, tepung dan gula.
“Persoalannya adakah rakyat hanya makan beras, sayuran, tepung dan gula sahaja, bagaimana dengan barangan keperluan harian lain, sudah tentu ia akan naik harga. Begitu juga dengan perkhidmatan, sudah tentu caj perkhidmatan tertentu akan naik dan membebankan rakyat,” tegas Sofi.
Terdahulu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah telah membentangkan rang undang-undang di Dewan Rakyat. Bacaan kedua dan seterusnya akan dilakukan Mac 2010.
Husni berkata kerajaan berhasrat untuk melaksanakan GST pada pertengahan 2011, untuk memberi masa yang mencukupi kepada semua pihak untuk bersedia sebelum dilaksanakan.
GERAM SUSAH TERTEKAN!!!!!
Mari bersama jayakannya....Saudara Julius dan rakan-rakan di Jelapang, Perak juga bersemangat mengadakan ceramah penerangan untuk sama-sama bantah GST. Di bawah saya kongsikan gambar-gambar aktiviti mereka.
Geram, Susah, Tertekan = GST !!!!!!! Ambil cuti, bantah GST... marilah beramai-ramai pada 15 Mac 2010, 9 am, di Parlimen... Gagalkannya Sebelum Terlambat!
Monday, March 8, 2010
JANGAN KETINGGALAN TUNJUKKAN BANTAHAN!!!!
GST: Hentikan sebelum terlambat | | Print | |
Selena Tay |
|